Pemberitahuan

Laman ini merupakan catatan contengan puisi...

Wednesday, December 16, 2009

Tabir Hijrah



Aku selak tabir hijrah
mengintai 1431,
lalu pada hujan yang mencurah
aku laungkan azamku.

Aku mahu jadi muslim
yang beroleh redha,
bukannya pengkhianat
yang dimurkai.

Aku mahu mencari syahid
yang semakin dilupai umat,
aku mahu menjadi usahawan
yang akan melepaskan aku daripada neraka Allah.

Beriman kepada Allah
dan juga RasulNya
dan berjihad di jalan Allah
dengan harta juga diri.

Tok Ajang
17 Disember 2009
30 Zulhijjah 1430H

No comments:

Post a Comment